Wednesday, November 19, 2014

RESEPI LASAGNA BEEF AND SEAFOOD


RESEPI LASAGNA BEEF AND SEAFOOD

Baru-baru ni ada lah cuba buat lasagna beef tapi di olah sedikit untuk lebih urmmm dan menarik untuk di makan. Resepi yang sangat mudah dan boleh di makan enak bersama keluarga. Kalau tak percaya boleh cuba nanti tau.

Lasagna beef seafood. Seafood ada lebihan masa buat Aglio Olio sehari sebelum buat lasagna ni jadi kita guna lah benda yang ada untuk menarikkan lagi lasagna beef ni. Nanti iols kongsi pulak resepi Aglio Olio seafood dekat blog yea.

Untuk resepi lasagna ni bahan-bahan adalah:




Kulit Pasta :
Boleh dapatan di mana-mana pasaraya yang ada jual kulit pasta ni sekarang dah banyak dah jual.Hanya perlukan 2-3 keping untuk satu bekas lasagna. Celur sehingga kembang dan letak sedikit minyak zaitun ( olive oil ) dan juga sedikit garam.

Inti Daging:
Daging kisar
Olive Oil
Garam
Sebiji bawang merah
1/2 Bawang holen
lada capsicum
1 Botol sos prego tomato
2 ulas bawang putih
2 batang hotdong
1 tin cendawan butang
Serbuk oregano
Serbuk cili
Mozarela cheese
Cili giling ( 2 sudu )
Garam
Sotong & Udang

Sos Putih :
300ml susu segar
1/2 cheddar cheese
2 sudu teh butter
2 or 3 sudu tepung ( untuk pekatkan )
garam


Cara-cara memasak
1. Masukkan sedikit olive oil Tumis bawang putih, bawang merah , bawang hollen dan juga cili giling. Biarkan cili giling masak sebetulnya kemudian masukkan daging kisar,sotong dan juga udang.

2. Kemudian masukkan pula sos prego dan kacau sehingga masak. Setelah semuanya masak masuk semua bahan yang telah disediakan dan kacau sehingga sebati.

3. Sediakan sos putih pula, panaskan api dan masukkan butter tadi sehingga cair kemudian masukkan susu segar kacau sehingga naik aroma serta cheddar cheese . Last sekali letakkan tepung dan sedikit garam..Tunggu sehingga semuanya sebati lepastu tutup api.

4. Dah ready semua so masa untuk masukkan ke dalam acuan. Mula-mula sekali letak butter sedikit dalam acuan agar tidak melekat , masukkan kepingan kulit pasta tadi dan diatasnya letak bahan-bahan yang di masak berserta sos putih dan mozarela chese. Ulang setebal mana yang korang inginkan.


5. Last sekali masukkan di dalam ketuhan dengan suhu 160 darjah dan bakar selama 20-30 minit sehingga masak sepenuhnya.

Selamat mencuba

p/s : orang bujang masak-masak 


8 comments:

luqman zakaria said...

awesomelah...kena blaja jgk nih..lau teringin boleh buat sendiri kan..

Kakcik Nur said...

Kesukaan anak bujang mak juga ni...:)

imm said...

salam..singgah blogwalking kat sini..

wahh menggoda betul lasagna tu..akak x bujang nak tiru lah resepi orang bujang ni..hihi

ezyra daniel said...

lama tak makan...wahhh nampak sedap je abg buat..saya sendiri pon tak pandai buat hahaaha buat malu je

Norizan J said...

owh.. tak pernah pulak wat lasagna campur seafood huhu..macam menarik..

Eny Abdullah said...

wahhh orang bujang masak lasagna mmg rare :D

Mas Zull said...

Assalamualaikum hh...wah sedap ni kalau org bujang yg masak....

Mas Zull said...

Assalamualaikum hh...wah sedap ni kalau org bujang yg masak....