Monday, October 9, 2017

GAMBAR | BMW WHEELCORP PREMIUM CHARITY RUN 2017

BMW WHEELCORP PREMIUM CHARITY RUN 2017 |  RUN 2017


Run 2017 | Baru berjinak jinak join larian dekat Malaysia ni , beberapa event baru kami join untuk isi masa lapang dan juga menyihatkan tubuh badan kononnya..hahaha..Sebenarnya seronok tengok geng geng Penang yang join run dekat Penang dapat medal lawa lawa so kami pun mula la terjebak..

Medal 10km & 4.5km

Ini entry pertama yang tulis pasal run sebab medal dia terlampau lawa..haha.Kalau geng Penang ramai lah , kalau dekat KL ni nak run pun geng tak dak pun berdua atau bertiga ja jadinya tak berapa best sangat tapi okeh lah kau nak lari bukan nak sembang sembang..haha

Berkesempatan join event BMW Wheelcorp Premium Charity Run 2017 yang diadakan di BMW Setia Alam. Event ni ada 2 katagori larian iaitu 4.5Km dan 10Km. Setiap kategori medal dia tak sama size dan berat. Untuk 4.5km ukuran medal 5.5cm lebih ringan dari 10km ukuran 7cm dan lebih berat.







Event ni ada lucky draw untuk yang bertuah saja lah dapat cenderahati dari BMW. Kalau lucky draw hadiah kereta jangan mimpi lah..hahaha.Next year boleh join lagi kalau ada kesempatan..

Lagi satu pihak event bmw wheelcorp akan pilih pemenang untuk bagi cenderahati kepada perserta yang upload gambar dan mengunakan hashtag khas #bmwsetiaalam dan #bmwwheelcorppremiumcharityrun2017 . Sebab tu lah gambar gambar kami tangkap ada gaya tersendiri..haha..




Lawa kannn medal!! dapat lah merasa pegang stereng BWM..haha..




1 comment:

izzeyda said...

lawa medal dia.. nasib laa event nih jauh, kalau kat penang atau kedah mau dah join ni..

apapun selamat join run club.. seronok join sebab medal dan nak sihat..