Thursday, November 5, 2015

ESCAPE PENANG THEME PARK

 ESCAPE PENANG THEME PARK

Escape Penang Theme Park | Sebenarnya nak berkongsi pasal Escape Penang ni dah lama cuma masalah teknikal blog ni yang buat entry ni sudah masam. Tidak mengapa sekadar utntuk berkongsi sedikit info kepada mereka yang belum pernah jejak ke Escape Penang atau mereka yang ada perancangan untuk ke sini.

ESCAPE PENANG THEME PARK


Escape Penang The Park terletak di kawasan Teluk Bahang yang popular dengan air terjun sebelum ini.Sebelum anda buat perangcangan ke sini perlulah tahu sedikit infomasi agar korang boleh spend lebihan wang untuk masuk ke dalam escape ni yea.

ESCAPE PENANG 

Kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung adalah seperti berikut:

Dewasa : RM68
Kanak-kanak : RM48
Deposit :RM10

Bayaran ni dikenakan dari buka pintu ecsape ni sehingga tutup tau. So kalau korang ke sini sebolehnya pergi awal pagi sebab rugi kalau korang dah pergi lewat nanti tak dapat main semua benda. Setiap permainan akan mengambil masa yang lama untuk habiskan.Masa kami pergi aritu pun banyak juga yang tak boleh main sebab terlalu ramai orang.

Lagi satu ia memerlukan tenaga yang banyak untuk main di dalam escape ni. Sekali kena lock korang kena habiskan juga permainan tu , tak boleh patah balik yea sebab anda sudah di lock.Memang kena cuba untuk uji stamina anda.

Dari segi makanan pulak memang makanan dari luar tidak dibenarkan sama sekali untuk bawa masuk kesini termasuk air mineral tau. Air minirel memang kita perlu sangat banyak so lebih baik korang kena bawa lebihan wang.

Ni harga makanan yang kami makan masa dalam Escape tu.

Mineral Water : RM4
Air Bergas : RM4
Roti Canai : RM7 
Hotdong : RM8
Chicken Chop : RM17
Roti Jala : RM7 ( 4 pcs )

seee!! Kalau yang kuat makan dan tak tahan perut kalau tak makan memang kena amik port pasal makanan di sini..haha
ESCAPE PENANG THEME PARK, TELUK BAHANG

ESCAPE PENANG 

Okeh kot infomasi ni? Selamat Bercuti ..



Instagram : @hazwanhairy 




6 comments:

Athirah Zain said...

bestnya, nti nk try pegi >.<

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau lah dkt leh p..hihiih

Bunda_nora said...

Salam singgah....terima kasih sudi singgah ke teratak BUNDA...

Siti Rohaida Yusof said...

one fine day..rasa nak gi sinilah..rilekskan minda sikit..hhehehe

Fara Hani said...

Jauh betul nak pergi tu.... insyaallah one day.

azwan aznan said...

asal ko letak pic yg bawah tu gilerr