Sunday, November 23, 2014

RESEPI AGLIO OLIO SEAFOOD


RESEPI AGLIO OLIO SEAFOOD


Kali ni nak berkongsi pula resepi Aglio Olio Seafood cara Hazwan Hairy memasak tau. So korang boleh cuba lah sedikit kelainan tambahan bahan-bahan yang lebih buatkan Aglio Olio Seafood anda lebih sedap sehingga jiran sebelah menangis kalau tengok.


Resepi Aglio Olio ni kalau kita olah sedikit dan campak bahan-bahan lain mungkin akan lebih sedap dari biasa. Untuk Aglio Olio Seafood ni bahan dia tak lah banyak sangat dan mudah di dapati di mana-mana pasaraya sekarang ni.

Bahan-bahan :
Sepeket Pasta bersaiz kecil
Sebiji bawang merah
Setengah biji bawang hollen
2 ulas bawang putih
Lada hitam
Butter
Olive oil
Lada capsicum (merah, hijau , kuning )
Cendawan butang
Serbuk Oregano
Udang
Sotong
1 Batang hotdog
Garam


Cara memasak :
1. Mula-mula sekali rebus pasta sehingga masak ( jangan biangkan ianya terlalu kembang ). Masukan sedikit olive oil agar tidak melekat.Tose dan campur sedikit butter untuk rasa lebih lemak pada pasta anda.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan juga bawang hollen . Kemudian masukkan Udang dan sotng masak sehingga sebati.
3. Setelah udang dan sotong masak masukan pula cendawan butang, hotdong dan juga lada capsicum.
4. Setelah semuanya sebati masukkan Lada hitam, serbuk oregano serta garam secukup rasa.
5. Last sekali masukkan pasta tadi dan kacau selama beberapa minit , siap sedia untuk di hidangkan.

Sangat mudah kan? Selamat mencuba

Instagram : @hazwanhairy



Wednesday, November 19, 2014

RESEPI LASAGNA BEEF AND SEAFOOD


RESEPI LASAGNA BEEF AND SEAFOOD

Baru-baru ni ada lah cuba buat lasagna beef tapi di olah sedikit untuk lebih urmmm dan menarik untuk di makan. Resepi yang sangat mudah dan boleh di makan enak bersama keluarga. Kalau tak percaya boleh cuba nanti tau.

Lasagna beef seafood. Seafood ada lebihan masa buat Aglio Olio sehari sebelum buat lasagna ni jadi kita guna lah benda yang ada untuk menarikkan lagi lasagna beef ni. Nanti iols kongsi pulak resepi Aglio Olio seafood dekat blog yea.

Untuk resepi lasagna ni bahan-bahan adalah:




Kulit Pasta :
Boleh dapatan di mana-mana pasaraya yang ada jual kulit pasta ni sekarang dah banyak dah jual.Hanya perlukan 2-3 keping untuk satu bekas lasagna. Celur sehingga kembang dan letak sedikit minyak zaitun ( olive oil ) dan juga sedikit garam.

Inti Daging:
Daging kisar
Olive Oil
Garam
Sebiji bawang merah
1/2 Bawang holen
lada capsicum
1 Botol sos prego tomato
2 ulas bawang putih
2 batang hotdong
1 tin cendawan butang
Serbuk oregano
Serbuk cili
Mozarela cheese
Cili giling ( 2 sudu )
Garam
Sotong & Udang

Sos Putih :
300ml susu segar
1/2 cheddar cheese
2 sudu teh butter
2 or 3 sudu tepung ( untuk pekatkan )
garam


Cara-cara memasak
1. Masukkan sedikit olive oil Tumis bawang putih, bawang merah , bawang hollen dan juga cili giling. Biarkan cili giling masak sebetulnya kemudian masukkan daging kisar,sotong dan juga udang.

2. Kemudian masukkan pula sos prego dan kacau sehingga masak. Setelah semuanya masak masuk semua bahan yang telah disediakan dan kacau sehingga sebati.

3. Sediakan sos putih pula, panaskan api dan masukkan butter tadi sehingga cair kemudian masukkan susu segar kacau sehingga naik aroma serta cheddar cheese . Last sekali letakkan tepung dan sedikit garam..Tunggu sehingga semuanya sebati lepastu tutup api.

4. Dah ready semua so masa untuk masukkan ke dalam acuan. Mula-mula sekali letak butter sedikit dalam acuan agar tidak melekat , masukkan kepingan kulit pasta tadi dan diatasnya letak bahan-bahan yang di masak berserta sos putih dan mozarela chese. Ulang setebal mana yang korang inginkan.


5. Last sekali masukkan di dalam ketuhan dengan suhu 160 darjah dan bakar selama 20-30 minit sehingga masak sepenuhnya.

Selamat mencuba

p/s : orang bujang masak-masak 


Monday, November 3, 2014

TEMPAHAN TSHIRT I AM




Kepada yang sedang mencari tempahan tshirt printing i am ataupun sebarang jenis printing dengan harga yang sangat berpatutan boleh lihat butiran di bawah.

Instagram : Tshirtprinting_ih



About :
FB ---> TSHIRT PRINTING IH
Perkhidmatan cetakan T-shirt dan Sulaman..
Semenanjung,Sabah & Sarawak
whatapps : 017-4223101
call /msj : 010-2347593
Email: ihcube.ent@gmail.com

Description :


Tshirt printing IH menyediakan perkhidmatan cetakan t-shirt dan sulaman pada harga berpatutan dengan kadar segera dan menjanjikan servis terbaik untuk pelanggan kami.

Email : ihcube.ent@gmail.com
Website: www.ihcube.com...



Kami menawarkan perkhidmatan percetakan & sulaman pakaian, Uniform , vest , Ready Made & Customade bagi sebarang majlis atau acara kepada organisasi swasta, kerajaan, perseorangan, sekolah , club & persatuan dan sebagainya dengan harga serta kualiti yang di jamin terbaik untuk semua pelanggan kami.



Kami juga menerima tempahan secara online di seluruh semenanjung Malaysia , Sabah & Sarawak . Penghantaran melalui pos laju di jamin selamat sampai serta penghantaran adalah percuma.