Wednesday, December 31, 2014

NURKILAN SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015
NURKILAN 



2014 sudah melabuhkan tirainya,terasa begitu pantas masa berlalu.Taktala baru semalam 2014.Bermacam dugaan dan rintangan pada tahun 2014.

Dugaan yang ku anggap sebagai kekuatan untuk lebih tabah mengharungi segala dugaan yang diberikan.Alhamdulillah di beri peluang untuk terus bernafas di tahun 2014.

2014 memori yang sangat indah pahit getir kehidupan mendewasakan ku agar lebih matang dan lebih untuk berjuang dalam kehidupan.

2014 tersemat kenangan indah dalam pasca kehidupan moden ini. Kenangan indah yang tidak akan sama sekali akan padam dalam pikiran ku.

2014 juga detik permulaan semua yang ku lakukan untuk diri ku mahupun family ku.Diharap 2015 akan buatkan diri ku lebih matang dan bijak mengatur dalam apa jua yang ak inginkan.

2014 Sedih untuk meninggalkan mu kerana memori indah,pahit getir semua yang terjadi tidak akan sama untuk 2015.

2014 tamparan hebat buat semua semoga kita tabah untuk meneruskan kehidupan di tahun 2015.

Azam 2015 masih sama untuk 2014 semoga ku diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di tahun 2015,diberi peluang untuk buktikan kemampuan ku dalam kerja yang aku lakukan,diberi hidayah untuk ak berubah sedikit demi sedikit,diberikan kebahagian bersama family,persahabatan dan apa jua yang indah.

Buat keluarga:
Terima kasih atas sokongan yg diberikan tnpa sokongan mak abah adik2 tak kan mampu untuk meneruskan apa yang di lakukan.Korang adalah segalanya dalam hidupku.

Buat tersayang:
Terima kasih atas usaha mu yang banyak membantu dari semua segi jasaku ku kenang hingga akhir hayat.

Buat sahabat:
Terima kasih atas persahabatan yg korang beri walaupun jauh tp tetap di hati.

Buat Kawan:
Terima kasih sudi jadi kawan ku di dunia realiti mahupun dunia maya maaf andai terbuat salah dlm sedar mahupun x.


Selamat Tahun Baru 2015 
Selamat Tinggal 2014 
Pergilah duka pergilah derita semoga sinar baru 2015 menjelma dengan seribu kemanisan hidup.

2 comments:

Black said...

moga impian tercapai :)

Permata Malap said...

Blogwalking di sini..selamat tahun baru..;)