Monday, October 28, 2019

LONDON TRIP 2019 : KISAH KENA TAHAN DEKAT IMI UK & TERLEPAS EUROSTAR

Kisah di sebalik tiket cantik ni. kena tahan + terlepas eurostar.😂https://drive.google.com/uc?export=view&id=194DGSlySID52CdayUt8ddCRJGOcyRBdE

.

Kejadian ni jadi dekat Brussel Midi, masa ni kami nak tukar train ke London dari Amsterdam. Kalau kita beli tiket dari Amsterdam nak ke London akan transit dekat Brussel. 

Masa beli tiket online mmg dh bagi time transit 45min dekat brussel,bila dh bg time xdelah risau sgt pun so mcm biasa ja lah.Turun train dri Amsterdam dan terus g jalan ke Eurostar.

Kena spotcheck juga mcm dkt airport tu sebab nak kena cop pasport imi UK.Masa tu ramai gila orang nak ke London,masa dah tak lama dah dan kami orang yang nak dekat last dah.

Nak kena buka baju lah berlapis lapis,tali pinggang jam dan mcm mcm lah so jadi lambat.haha tp masih dalam time lagi sebab mmg dah dalam barisan lps pintu dah.Kalau pintu tu dh tutup mmg salah kami..

Masa turn aku dan kawan tak sangka nasib kami kurang baik..haha yg dua org lagi lepas dah tunggu dekat lps imi tu.. Time kami segala soalan semua dia tanya tau punya lama sampai org eurostar tu kata dkt imi tu train dah time dan dia cakap “terus jalan”.

Time ni kami dah gelabah dah risau,mcm mcm lah sbb tiket train ni kalau kena beli onthe spot RM800++ hingga RM1000++...Aku dah stress dah dgn imi tu tak abis abis dengan soalan mcm mcm.Dia tgk pasport & ckp from Malaysia?muslim??yealaa xnmpk ke hahaha..

Dia pelik kenapa dekat Paris tak ada cop,datang dari mana bla bla bla.Masa kami dari London ke Paris naik bas masa smpai imi Paris just scan ja mana nak tau tak ada cop.Cnfm lah dalam data tu ada tp imi UK tu tetap nak cari kesalahan. 

Antara soalan :

Nak p mana,berapa hari dkt London,stay mana,keja apa,family keja apa,duit bawa berapa?? Mbr ak ckp 200pound..Aku sampuk “no 1000pound cash”! Tp dia xtgk pn,kalau tgk pn nsb mmg ada duit beli brg org pesan..Haha

Tapi kami ada 4hari lagi dkt London masa tu. 200pound terlebih ckup siap blh shopping mcm mcm lagi..

Dkt malaysia stay mana,dan mcm mcm lah ulang benda sama beberapa kali nampak cm teruk sgt ke tgk dresup lawa dh..haha..Dah bg itinerary pun masih tanya lagi benda yg dh lengkap,bila dpt jawab dgn betul dia tanya soalan lain lagi,pusing pusing soalan sama juga..Sampai lah train tu jalan pun still sama..

Ada 3,4 orang imi UK dekat belakang dok tgk kami kena dgn dia,ada sorg negro tu siap geleng kepala dkt kami dan tnjuk isyarat sabar smbil senyum.Bukan imi saja staff eurostar pun ada tggu tgk.
Masa ni mbr ak dh lepas naik train dh.Dorg bgtau dkt staff eurostar kawan masih dkt imi ,staff kata xblh tggu so dorg pn kena naik.. call byk kali kami ,mula mula 2,3 kali angkat pastu imi gila tu soh off hp “dont be rude,i talk to u””.Jahat gila dia aku angkat nk bgtau soh tggu dkt London kami ok..haha.. pastu siap kurang ajaq lagi ayat ayat yg teruk sambil tgk itinerary, mental agaknya...Mcm kami buat salah plak.Then lps dia rasa dia termalu sndri baru lepas kami.. 

Time lepas tu dia campak ja pasport punya kurang ajaq..haha..

Dan bila jalan tu tiba tiba staff eurostar mai dkt kami dan suruh ikut dia.Kami dah risau dh sbb takut kena beli tiket baru. Rupanya dia bg tiket baru dan suruh tunggu train seterusnya ke London.Alhamdulillah time ni rasa gembira gila haha..tak henti henti ucap tq dekat  dia tlg uruskan kami ,dia pun cakap take time sambil senyum....Selalu kalau train ke bas ke dh jalan mesti kena byr kan.Mungkin yg kami kena ni dah selalu terjadi dkt org lain kot.Lagipun bukan salah kami pun..Sbb tu dapat tiket baru.. Lepas tu imi negro td lalu dpn kami dan dia kata “ its okeyy,coffee 1st & take time enjoy ur holidayyy” sambil senyum 😂

2 jam perjalanan ke London..

Masa masuk airport awal tu langsung tak kena soal apa siap imi dkt airport melawak lagi,tgk pasport apa cop cop dan hepy holidayy..terus belah,sebelum p sana ada baca susah sgt nak lepas imi airport tp rupanya tak,benda tu tak terjadi dekat kami tapi terjadi dkt Brussel.hahaha.. 

Pengalaman yang tak kan pernah lupa..

Jangan lupa sediakan dokumen lengkap kalau travel jauh jauh ni.Kalau boleh hafal semua bila dia tanya tak gaduh gagap biaq dia tercengang.Nasib baik aku hafal lokasi semua dkt London.. Tu pn dia xpuas ati lagi. 

Okey lah nanti taip lagi rasa mcm dah rajin sikit.. hahah
https://drive.google.com/uc?export=view&id=16K5JAaPv5rqDGXfTx83Vr7AfLimDadD-https://drive.google.com/uc?export=view&id=1KDnKQnx0vyOwyzO30Libx8scr7XxvyKv

www.hazwanhairy.my

No comments: