Tuesday, February 28, 2017

PAKEJ MURAH KE PULAU LANGKAWI

PAKEJ PERCUTIAN KE LANGKAWI | PAKEJ BAJET LANGKAWI 2017

Assalamualaikum.

Pakej percutian murah ke Langkawi .Kalau hampa bercadang nak bercuti ke Pulau Langkawi dan malas nak pikir tentang hotel, pengangkutan, island hopping boleh terus amik pakej murah ke Pulau Langkawi.

Pakej ke Pulau langkawi serendah RM180/ pax untuk 3 hari 2 malam dan minimum untuk setiap trip adalah 4 orang. Pakej ni free dan easy tau so hampa boleh buat apa sahaja dan pergi mana mana tak kira masa dan tak perlu ikut yang lain.


PAKEJ MURAH KE PULAU LANGKAWI

Pakej termasuk : 
- 3hari 2malam
- Penginapan Area cenang.
- Kereta (Kereta viva, wira, myvi, saga .. atau sama taraf (auto)
- Island hopping 4Jam (pulau dayang bunting , pulau berasbasah , eagle feeding (9pagi - 2petang)
- FREE map
- FREE Pickup from jeti/airport ke  penginapan
**Penginapan di Area pantaicenang .. 
kami akan dahulu kan booking awal penginapan yg paling dekat dengan pantai..
first come first serve….

Berminat nanti pm:

017-5945084 wan
017-4378992 iwan



Refer link sebelumnya ada lebih banyak gambar 

http://www.hazwanhairy.my/2017/01/pakej-bajet-langkawi-2017.html



INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :


hazwan943@yahoo.com.my 

Wednesday, February 8, 2017

PERCUTIAN BAJET KE KOTA KINABALU SABAH

PERCUTIAN BAJET KE KOTA KINABALU SABAH | PERCUTIAN BAJET KE KOTA KINABALU DAN KUNDASANG | KOS KE KOTA KINABALU 

Entry kali ni aku nak listkan pulak perjalanan kami ke Kota Kinabalu Sabah. Sebelum tu kalau belum baca lagi kos Percutian bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang boleh klik link di bawah.


Aktiviti kami selama 4hari 3malam yang cukup padat, cukup rehat dan semuanya cukup orang kata percutian yang sempurna.hahaha.. Boleh tengok atau noted apa yang penting kalau hampa nak p bercuti di Kota Kinabalu & Kundasang ok.


Day 1:
12.30 Kuala Lumpur - Kota Kinabalu.
- Tiket RM120 pergi & balik! Murah kan? Susah nak dapat harga murah. Beli dgn syaz 1 bulan ++ sebelum flght tq so much syaz.
- Sampai ja terus amik kereta & gerak ke kundasang. 
-K.Kinabalu ke Kundasang lebih kurang 1jam45min hingga 2 jam.
-Waze ke Kundasang nanti akan jumpa Rumah terbalik dulu lepas dah settle dekat rumah terbalik boleh singgah Jambatan tamparuli ( dekat sahaja dari Rumah Terbalik ).
- Dah settle berjalan ka bergambaq ka boleh gerak ke Kundasang.
- Dah gerak jalan gelap sebab malam awal sana so tak sempat singgah Pekan Nabalu ( banyak jual sayur & hasil tanaman & hutan )
- Sampai Kundasang terus cari makan sbb lapaq haha.Makan roti bawa dari Smnjung ja.
- Kedai makan susah cari so kfc ja yang tinggal. 
- Beli apa yang patut dan check in.
- Ayana Holiday Resort sgt wow wow dekat kaki bukit sejuk ketaq badan + hujan.haha
- Boleh stay sini tak rugi pastu murahhh. kami amik Deluxe sbb bsr sikit boleh dok 3org.Kalau standrt room baru RM80++
- 600 meter dari Kinabalu Park, Nampak view Gunung kalau arah hadapan.


AYANA HOLIDAY RESORT

AYANA HOLIDAY RESORT 

RUMAH TERBALIK

RUMAH TERBALIK

JAMBATAN TAMPARULI 



Day 2:
- Bangun pagi, siap & terus check out rasa sejuk ya Amat.Tak payah nk tidoq lama lama hg nk p bercuti kan!
- Gerak ke Kinabalu park tiket masuk RM3/person lepastu boleh dah ronda dalam tu sejam pun dah ok.
- Gerak ke Pekan Kundasang dlu cari breakfast time tu ada pasar pagi jadi berlambak gila makanan + murahhh weh dgn sedapnya.
- Menu ak beli mcm detail atas so RM10 belambak boleh dpt.Harga kedai ada xsama so hg p tanya dlu pun xpa depa sporting tau xbeli pun xjeling senyum lagi ada lah. Yeala makanan yang tak pernah tgk pastu murah.haha
- Sebelah pasar ada kundasang War Memorial singgah sat situ ok. Waze ja nnti tgk lokasi ada sebelah. Haha
- Gerak ke Desa Farm tiket masuk RM5/person.
- Susu & aiskrim aku tak rasa sebab tak lalu dah save dkt situ.haha
- Gerak ke Sabah Tea & Fish spa lebih kurang 40min ke 1 jam dari Kundasang.
- Fish spa RM5/person tak masuk pun sebab geli.haha
Rehat sat then makan goreng pisang RM2 belambak mcm rm5 dkt KL kenyang smpai petang.
- Terus gerak Poring Hot Spring dari Ranau.
- Tiket masuk RM3/person.
- Dalam perjalan ke Poring kalau ada nampak banner pasal bunga Rafflesia anda kira bertuah sila pergi tgk depan mata sendiri! Nak kembang amik masa 9 bulan dan bila kembang amik masa 5 hari sahaja untuk hidup lepas tu mati.
Kami punya dapat tengok first dayy bertuahhh rasa.hahaha.
- Terus balik ke Kota Kinabalu Check in Promenade Servis Apartment.Studio suite boleh muat 4orang betul betul dekat town KK berjalan ja kalau nak p pasar Filipina,pasar malam & shopping kompleks.
- Makan seafood korang cari la kedai mana yang murah dan fresh! Tanya ja harga xpa dorang xmarah pun.haha.Bab makan 10bintang bagi! Terboikkkkk.
- Shoping dekat pasar malam lebih murah ingat tu tips ni. 
KINABALU PARK

SABAH TEA , RANAU

KUNDASANG, SABAH 

DAIRY FARM KUNDASANG 

TENGAH TENGAH BULATAN DEKAT PEKAN KUNDASANG, ADA AKU KESAH?JHAHA

DAIRY FARM , KUNDASANG 

FISH SPA , RANAU SABAH 

KINABALU PARK

OMG 1ST TIME TENGOK BUNGA RAFLESSIA

PORING HOT SPRING , AIR TERJUN



PEKAN KUNDASANG 

PROMANADE SERVICE APARTMENT 

PROMANADE SERVICE APARTMENT 

PROMANADE SERVICE APARTMENT 

PROMANADE SERVICE APARTMENT 

Day 3:
-Sarapan pagi & gerak ke Jesselton point utk pergi pulau.
- Sebelum kul 10 pagi elok la ada dekat situ.
- Kami amik 2 pulau sahaja yg lain dah pergi hari tu.
- Sapi & Manukan island.
- Kami amik Aparu Holiday.
1 pulau RM23
2 pulau RM33
Dapat harga 2 pulau RM28 sahaja.
- Terminal fee RM7.63
- Conservation fee RM3
( tiket sila simpan dengan rapi sbb semua tempat kena cop cop )
- Bawa roti, air mineral atau makanan terus dari seberang sbb dlm pulau mahal.
- Sampai pukul 3 petang dekat pulau.
- Gerak balik & aktiviti lepak sampai malam sekitar KK.














Day 4:
- Abiskan minyak pusing KK
- Sggah pasar Filipina lg tgk apa boleh beli.
- Siap siap pastu balik lah KL.
Alhamdulillah settle percutian ke Kota Kinabalu.

Noted:
Bas dari KL sentral - KLIA 2 RM12 sehala.
Erl KL sentral - KLIA 2 RM55 sehala.

Berguna tak? Kalau dapat bantu sila la tag kawan ajk p & share button Facebook ada di bawah sila tengok betul betul..hehe


Kota Kinabalu dan Kundasang boleh klik link di bawah.






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :
hazwan943@yahoo.com.my 

PERCUTIAN BAJET KE KOTA KINABALU DAN KUNDASANG


PERCUTIAN BAJET KE KOTA KINABALU | KOS BERCUTI KE KOTA KINABALU


Percutian bajet ke Kota Kinabalu Sabah. Untuk entry hari ni aku nak listkan kos bercuti ke Kota Kinabalu Sabah. Bulan 1 yang lepas berkesempatan untuk pergi bercuti ke sana jadi sempat lah berkongsi serba sedikit bajet ke Kota Kinabalu dan juga Kundasang.



Ada berkongsi di Facebook itinenary ke Kota Kinabalu Sabah dan alhamdulillah menjdi Viral di facebook lebih 9ribu share.Bangganya kejap sebab tak sia sia aku menaip panjang berjela ingatkan xdak orang nak baca..hahaha. Nak tengok facebook boleh tekan link ini >>>> MOHAMMAD ZULHAIRY .

Ramai orang teruja macam mana boleh pergi bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang dengan kos di bawah RM500. Kat bawah ni aku listkan senarai harga untuk hampa buat kiraan siap siap sebelum ke Kota Kinabalu dan Kundasang. Sedikit sebanyak boleh la bantu hampa kan.



4H3M KOTA KINABALU-KUNDASANG 13,14,15,16/1/2017 (RM466.73 )


( cara aku bercuti )
Kos Pengangkutan+Penginapan.
-Tiket Flight RM120/return ( beli dgn fb:Syazlina Iryanni Abd Halim -: promo tiket hujung bln shja kalau ada ke KK)


--------------------
-Sewa kereta RM270 ( 4H3M )
( 013 877 7156 Faizal )
-Minyak RM50.( klo skrg ni bulan 2 xtau lah up la sikit haha )
-Kundasang ( Ayana Holiday Resort RM111/1malam deluxe room )
-K.Kinabalu ( Promenade Service Apartment RM189/2malam Studio Suite ada semua benda blh msk kalau rajin )


Total RM620 bahagi 3 = RM206/person.
( kami pergi cuti 3 orang )


------------------------
Kos Makan + Tiket.
Day 1. (Jumaat)
- Rumah terbalik RM10.60
- Jambatan Tamparuli.
- Makan mlm RM5.50 ( Kfc )
- Mineral Water 2Botol bsr RM6.
- Meggi cup 2 RM4


Day 2. (Sabtu)
- Sarapan Pagi + mkn tghari ( pasar ) RM10
( nasi putih,daging kicap, mee goreng ,telur mata, Kuih ,Roti )


-Kinabalu Park RM3/person.
-Kundasang War Memorial.
-Desa Farm RM5/person.
-Poring Hot Spring RM3/person
-Minum teh tarik Sabah Tea RM5 .
-Mkn dekat Fish spa RM4.
( goreng pisang,mineral,pelam)


- Makan malam Seafood KK RM21/person.
( ikan susu,umai,ketam,udang,sotong)

Day 3. (Ahad)
- Sarapan megi beli msa day 1.
- Pulau Sapi & Manukan.
RM23 ( 1pulau )
RM33 ( 2pulau )
- fees RM7.63
- Tiket masuk pulau RM3
( kami dpt 2 pulau RM28 saja) 
- Aparu Holiday.
- Mkn dkt Pulau RM10
- Makan malam seafood RM15/person.
( ikan pari,udang,sotong)



Day 4. (isnin )
- Santai santai area Kota Kinabalu.
-Flight pukul 12.30tghari 



TOTAL: RM466.73

-----------------------
Shopping utk mak,abah,adik adik,kawan cuma RM50 belambak dpt pndai adjust kebetulan time tu hujan lak semua bg murah.haha.Shopping dkt pasar malam tau sbb situ boleh tawar harga sampai tak masuk akal.haha


TOTAL inc SHOPPING : RM516.73

---------------------


Tengok lah tak sampai pun RM1000.hahah. Banyak juga tempat yang tak pergi macam Strawberry Farm Lebih kurang 6km Dari Pekan Kundasang.





INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :
hazwan943@yahoo.com.my