Wednesday, February 8, 2017

PERCUTIAN BAJET KE KOTA KINABALU SABAH

PERCUTIAN BAJET KE KOTA KINABALU SABAH | PERCUTIAN BAJET KE KOTA KINABALU DAN KUNDASANG | KOS KE KOTA KINABALU 

Entry kali ni aku nak listkan pulak perjalanan kami ke Kota Kinabalu Sabah. Sebelum tu kalau belum baca lagi kos Percutian bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang boleh klik link di bawah.


Aktiviti kami selama 4hari 3malam yang cukup padat, cukup rehat dan semuanya cukup orang kata percutian yang sempurna.hahaha.. Boleh tengok atau noted apa yang penting kalau hampa nak p bercuti di Kota Kinabalu & Kundasang ok.


Day 1:
12.30 Kuala Lumpur - Kota Kinabalu.
- Tiket RM120 pergi & balik! Murah kan? Susah nak dapat harga murah. Beli dgn syaz 1 bulan ++ sebelum flght tq so much syaz.
- Sampai ja terus amik kereta & gerak ke kundasang. 
-K.Kinabalu ke Kundasang lebih kurang 1jam45min hingga 2 jam.
-Waze ke Kundasang nanti akan jumpa Rumah terbalik dulu lepas dah settle dekat rumah terbalik boleh singgah Jambatan tamparuli ( dekat sahaja dari Rumah Terbalik ).
- Dah settle berjalan ka bergambaq ka boleh gerak ke Kundasang.
- Dah gerak jalan gelap sebab malam awal sana so tak sempat singgah Pekan Nabalu ( banyak jual sayur & hasil tanaman & hutan )
- Sampai Kundasang terus cari makan sbb lapaq haha.Makan roti bawa dari Smnjung ja.
- Kedai makan susah cari so kfc ja yang tinggal. 
- Beli apa yang patut dan check in.
- Ayana Holiday Resort sgt wow wow dekat kaki bukit sejuk ketaq badan + hujan.haha
- Boleh stay sini tak rugi pastu murahhh. kami amik Deluxe sbb bsr sikit boleh dok 3org.Kalau standrt room baru RM80++
- 600 meter dari Kinabalu Park, Nampak view Gunung kalau arah hadapan.


AYANA HOLIDAY RESORT

AYANA HOLIDAY RESORT 

RUMAH TERBALIK

RUMAH TERBALIK

JAMBATAN TAMPARULI 



Day 2:
- Bangun pagi, siap & terus check out rasa sejuk ya Amat.Tak payah nk tidoq lama lama hg nk p bercuti kan!
- Gerak ke Kinabalu park tiket masuk RM3/person lepastu boleh dah ronda dalam tu sejam pun dah ok.
- Gerak ke Pekan Kundasang dlu cari breakfast time tu ada pasar pagi jadi berlambak gila makanan + murahhh weh dgn sedapnya.
- Menu ak beli mcm detail atas so RM10 belambak boleh dpt.Harga kedai ada xsama so hg p tanya dlu pun xpa depa sporting tau xbeli pun xjeling senyum lagi ada lah. Yeala makanan yang tak pernah tgk pastu murah.haha
- Sebelah pasar ada kundasang War Memorial singgah sat situ ok. Waze ja nnti tgk lokasi ada sebelah. Haha
- Gerak ke Desa Farm tiket masuk RM5/person.
- Susu & aiskrim aku tak rasa sebab tak lalu dah save dkt situ.haha
- Gerak ke Sabah Tea & Fish spa lebih kurang 40min ke 1 jam dari Kundasang.
- Fish spa RM5/person tak masuk pun sebab geli.haha
Rehat sat then makan goreng pisang RM2 belambak mcm rm5 dkt KL kenyang smpai petang.
- Terus gerak Poring Hot Spring dari Ranau.
- Tiket masuk RM3/person.
- Dalam perjalan ke Poring kalau ada nampak banner pasal bunga Rafflesia anda kira bertuah sila pergi tgk depan mata sendiri! Nak kembang amik masa 9 bulan dan bila kembang amik masa 5 hari sahaja untuk hidup lepas tu mati.
Kami punya dapat tengok first dayy bertuahhh rasa.hahaha.
- Terus balik ke Kota Kinabalu Check in Promenade Servis Apartment.Studio suite boleh muat 4orang betul betul dekat town KK berjalan ja kalau nak p pasar Filipina,pasar malam & shopping kompleks.
- Makan seafood korang cari la kedai mana yang murah dan fresh! Tanya ja harga xpa dorang xmarah pun.haha.Bab makan 10bintang bagi! Terboikkkkk.
- Shoping dekat pasar malam lebih murah ingat tu tips ni. 
KINABALU PARK

SABAH TEA , RANAU

KUNDASANG, SABAH 

DAIRY FARM KUNDASANG 

TENGAH TENGAH BULATAN DEKAT PEKAN KUNDASANG, ADA AKU KESAH?JHAHA

DAIRY FARM , KUNDASANG 

FISH SPA , RANAU SABAH 

KINABALU PARK

OMG 1ST TIME TENGOK BUNGA RAFLESSIA

PORING HOT SPRING , AIR TERJUN



PEKAN KUNDASANG 

PROMANADE SERVICE APARTMENT 

PROMANADE SERVICE APARTMENT 

PROMANADE SERVICE APARTMENT 

PROMANADE SERVICE APARTMENT 

Day 3:
-Sarapan pagi & gerak ke Jesselton point utk pergi pulau.
- Sebelum kul 10 pagi elok la ada dekat situ.
- Kami amik 2 pulau sahaja yg lain dah pergi hari tu.
- Sapi & Manukan island.
- Kami amik Aparu Holiday.
1 pulau RM23
2 pulau RM33
Dapat harga 2 pulau RM28 sahaja.
- Terminal fee RM7.63
- Conservation fee RM3
( tiket sila simpan dengan rapi sbb semua tempat kena cop cop )
- Bawa roti, air mineral atau makanan terus dari seberang sbb dlm pulau mahal.
- Sampai pukul 3 petang dekat pulau.
- Gerak balik & aktiviti lepak sampai malam sekitar KK.














Day 4:
- Abiskan minyak pusing KK
- Sggah pasar Filipina lg tgk apa boleh beli.
- Siap siap pastu balik lah KL.
Alhamdulillah settle percutian ke Kota Kinabalu.

Noted:
Bas dari KL sentral - KLIA 2 RM12 sehala.
Erl KL sentral - KLIA 2 RM55 sehala.

Berguna tak? Kalau dapat bantu sila la tag kawan ajk p & share button Facebook ada di bawah sila tengok betul betul..hehe


Kota Kinabalu dan Kundasang boleh klik link di bawah.






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :
hazwan943@yahoo.com.my 

3 comments:

Kereta Sewa Sabah said...

Salam,

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak.  Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Innova, Van Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 0142011144 untuk tempahan.

Ahmad Ikhwan said...

Perkhidmatan kereta sewa murah kota kinabalu
Rm 90 sehari
0128525437

Anonymous said...

Perkhidmatan kereta sewa murah kota kinabalu
Rm 90 sehari
0128525437