RESEPI NUGGET HOMEMADE , CARA BUAT NUGGET HOMEMADE , NUGGET HOMEMADE AYAM
Resepi nugget homemade. Lama tak update resepi dekat blog hari ni nak kongsi resepi mudah untuk buat nugget di rumah.Resepi ni pun aku perasan dekat page fb so rasa macam simple sangat bahan untuk buat nugget ni.Ala lagi terus cuba lah mana tau kan lebih sedap.
Bila dah cuba tu ternyata memang ssdap sangat ini percubaan pertama tau buat nugget homemade pun dah sedap.Lepas ni dah tau apa yang kurang dan apa yang kena tambah.
Bahan bahan untuk buat nugget.
- Dada ayam 1 ketul
(lagi banyak ayam lagi sedap tau masa awal buat letak 1 ketul saja tapi masih terasa ayam)
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 4 ke 5 ulas
- Lada hitam 1 sudu teh
( nak pedas letak la byk mana nak pun,1 sudu ni pn dah terasa)
- Kiub ayam
- Garam
- 1 biji telur
- 2 ke 3 sudu tepung gandum ikut masing masing nak rasa ayam lebih ke tepung lebih.
Cara cara
- Letak air sedikit dalam blander dan masukkan semua bahan di atas ke dalam blander.
- Perlahan lahan putar sampai sebati.
- Dah siap boleh masukkan ke dalam loyang apa pun boleh.
- Kukus selama lebih kurang 30 min sehingga kental.
Dah sejuk sikit boleh start goreng..Untuk goreng sediakan 1 biji telur hancurkan dan kacau macam biasa.Celurkan nugget yang dah dipotong tadi ke dalam telur dan celur pulak ke dalam serbuk roti..kemudian tunggu sehingga keemasan dan boleh angkat untuk di makan..mudah kan?? Haaaa selamat mencuba...
Instagram :@hazwanhairy
No comments:
Post a Comment