Sunday, August 5, 2018

RESTORAN HALAL DI BANGKOK DAN PATTAYA

RESTORAN HALAL DI DI BANGKOK | PERCUTIAN BAJET KE BANGKOK DAN PATTAYA 


Untuk yang muslim macam kita ni kalau ke Bangkok agak susah nak cari restoran makanan halal kalau hampa tak buat kajian awal untuk ke Bangkok. Nanti dekat sana baru nak cari memang buang masa. Jadi untuk entry kali ni nak kongsi dekat hampa dekat mana boleh dapatkan makanan halal di bangkok dan juga pattaya.
Bangkok ni tak sama macam pergi Hatyai atau Krabi yang banyak orang islam dekat sana dan kedai kedai makan tepi jalan pun banyak yang halal. Kalau dekat Bangkok ni agak susah lah juga asyik nampak pork saja ..haha jadi kalau nak makan mesti ragu ragu kan.

Kalau nak cari Restoran makanan halal di Bangkok tanpa ragu ragu boleh cari dekat MBK Center ada satu kedai tu memang 100 % makanan halal iaitu Yana Restaurant. Dalam MBK Center ada kedai lain selain Yana Restaurant jadi hampa pilih la mana satu nak makan.


Selain dari MBK Center ni nak dapatkan makanan halal di Bangkok untuk petang dan malam boleh cari dekat Ratchathewi. Kena turun dekat stesen BTS Ratchathewi dan jalan jalan la area situ ada kedai kedai makanan halal.

Kalau singgah dekat Chatuchak Market pun ada kedai kedai makanan halal. Boleh beli untuk makan makan santai. Dekat sini ada macam macam makanan macam dekat floating market siap duit saja..haha..


Untuk Pattaya plak pun sama kena google awal untuk cari Restoran makanan halal di Pattaya. Salah satu kedai yang kami singgah Amir Halal Food Pattaya. Hampa waze saja nama kedai ni nanti waze bawak..Kalau tak jumpa juga ni ada detail restoran Amir Halal Food.

Amir Halal Food 
Facebook : amirhalalfoods@gmail.com
Line : amirhalalfoods
Contact : 087-1325088 , 089-6896025 , 038-373992 
Alamat : 60 M.10 Tho-atilla Mosque South Pattaya Rd. Muang Pattaya ( belakang kedai ni ada masjid )





Selain dari kedai Amir Halal Food ni dekat area Pattaya beach ada beberapa kedai makanan halal nanti hampa google maps ja senang naik lah dan pilih mana satu nak makan..haha.

Itu saja kot untuk kali ni.Yang belum tengok lagi bajet percutian ke Bangkok dan Pattaya boleh tekan link di bawah.
.
PERCUTIAN KE BANGKOK PATTAYA THAILAND.



Instagram : @hazwanhairy
Website : www.hazwanhairy.my


No comments: