RESEPI CHAR KUEY TEOW SEGERA PERENCAH SERBAGUNA
Kali ni nak berkongsi dengan korang resepi char kuey teow ataupun resepi kuey teow goreng yang hanya menggunakan perencah serbaguna yang di jual di sekitar Bukit Mertajam Penang. Perencah char kuey teow ni mak saya lah yang terjumpa lalu balik buat dah hasilnya sangat sedap macam di jual di kedai-kedai char kuey teow yea malah lagi sedap yang ada dekat Damansara ni. Kalau dekat penang memang tak boleh nak lawan la piau punya kalau makan dekat Penang .
Bahan-Bahan
Perencah serbaguna
Kuey Teow
Taugeh
Daun kucai
Udang
Kerang
Telur
Kicap cair soya
Cara Memasak
1. Rebus udang terlebih dahulu bagi mendapatkan air rebusan udang untuk di masukan ke dalam kuey teow yang akan di goreng. Air udang akan buat char kuey teow anda lebih sedap
2. Panaskan minyak dan apabila panas masukkan beberapa ekor udang yang anda mahu.
3. Goreng sedikit sehingga rasa nampak masak
4. Masukkan perencah serbaguna char kuey teow sebanyak 2 sudu teh untuk segengam kuey teow dan masukan 2 sudu kicap cair sebagai penambah perisa.
5. Besarkan api beberapa saat kemudian masukkan kuey teow, taugeh, daun kucai , kerang serentak gaul sehingga sebati dan last sekali masukkan telur yang sudah di pukul.
Simple kan tak perlu nak masukkan garam, gula , bawang dan sebagainya kerana perencah serbaguna Char kuey teow dapat membantu anda menghidangkan char kuey teow terbaikk dari Penang. Boleh lah berniaga lepas ni..hahaha..Kalau nak order nanti bila balik penang boleh lah roger-roger yeaa..

Assalamualaikum. thanks kongsi resepi! terliur sheila adoiiii T_____T
ReplyDeletememang simple bro...tapi ada jugak orang letak coke sebagai perasa tambahan.
ReplyDeleteassalamualaikum hazwan hairy...wah nampak sedap je ni...;)
ReplyDeleteOkay lapar !
ReplyDeletesedapppnye...febret ni......nak sikit....hehe
ReplyDeleteresepi ni bleh buatkan aku lapo gile.. haha
ReplyDeleteterbaiklah herry!!
ReplyDeletennt masakkan utk akak eh..hehe
terliur. kegemaran yaya tu :D
ReplyDeleteNasib baik dah betulkan ejaan. Tak sempat nak carut
ReplyDeletesenang nya main campak je dah siap cha kuey teow haha..
ReplyDeletenak cha kuey teow kerang 1 bang..
Hery! I hate you..sedap gila nmpk!!!! hehehe..nak jugak perencah tu..kirim boleh? Serius ni..!!!!
ReplyDeleterajinnya dia ;D msti sedap!
ReplyDeleterajinnya dia ;D msti sedap!
ReplyDeleterajinnya dia ;D msti sedap!
ReplyDeleteHadoii..saja bikin lapar..huhuh
ReplyDeleteTak minat sgt dengan ckt.. Rasa pelik. Haha. Tp mungkin dgn resepi ni blh jatuh cinta lak dgn ckt. Haha. Amboii :p
ReplyDeletepergghh...memang buat lapar jer....sedap tu..
ReplyDeletealamak, hery tahu masak.. leeza .... errrrrrrrrrrrrrrrrrrr
ReplyDeletemakan kat rumah je kan.hihi
ReplyDeletenak la juga try. bila blk penang. nak kirim barang sebotol dua, boleh?