Pages

Friday, November 9, 2012

DIBURU GUNA WANG PALSU




NUSAJAYA: Enam beranak diburu polis kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini, tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi. 

Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di sekurang-kurangnya tiga kedai.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.

“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.


p/s : Macam ni pun ada ke? alahai memalukan saja...
#sumber...

25 comments:

  1. setinggi2 tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua

    ReplyDelete
  2. macam-macam laa.. kecik-kecik dh pndai menipu. besar nanti xtau la ape jd.

    ReplyDelete
  3. amboi..belanja sakan nampak. kot ye pun nak berbelanja sakan, agak2 la kan. x pasal je dah dicari polis. kihkih

    (eh..cemane HH buat link/page yg bwh header tu eh? ajar akak skit)

    ReplyDelete
  4. seronok hidup mereka.orang lain susah-susah cari duit, dia senang je buat duit palsu.

    ReplyDelete
  5. bukan main lagi...adesss..apa la nk jadi..terdesak sgt

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum hazwan hairy....mcm2 kes mana la dia dpt duit palsu tu ek ada kilang memproses ke...?

    ReplyDelete
  7. tah2...dieorg pun tak tahu duit tu palsu...... mungkin dapat dari org lain...... kena cari bukti nie.....

    ReplyDelete
  8. nah..ne la nie..ingt snang2 ka mau lepas bila paki duit palsuuuu.huh

    ReplyDelete
  9. tp advance gak family tu...penyalahgunaan ilmu yg ada ni..huhuhu...

    ReplyDelete
  10. alahai, satu family tu kot ..macam2

    ReplyDelete
  11. faktor persekitaran

    kalau parents macam tu

    tak mustahil anak pun akan ikut :(

    ReplyDelete
  12. Macam2 hal dunia skang ni...sungguh memalukan..

    ReplyDelete
  13. Kenapalah nak buat kerja bodoh macam nie...Macam-macam la dunia nie sekarang :-)

    ReplyDelete
  14. ish..berlagak kaya lak..huhuhu

    ReplyDelete
  15. uit. duit kertas baru pn dah pandai palsukan? dasat! haih. ni la jadi kalau TERlebih pandai

    ReplyDelete
  16. wow bahaya la mcm ni..tah sape plak yg dapat duit palsu ni..ksian peniaga..

    ReplyDelete
  17. nak menipu bawak anak pulak 2..macam ne 2...haish..

    ReplyDelete