Monday, September 30, 2013

TRIP TO KOTA KINABALU KUNDASANG , DAIRYFARM


TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU SABAH | KUNDASANG

Hari ketiga aku abiskan masa di Kundasang , Kinabalu Park , Poring Palm Spring ( Ranau ), Sungai Kelah , Jambatan Tamparuli dan Rumah terbalik.Untuk entry ni kita jalan-jalan tengok Kinabalu Park dengan Dairy Farm dulu okey. Lagipun semua tempat yang pergi ni satu jalan ja xsusah mana pun nak cari.


Seawal jam 5 pagi dah bersiap-siap nak gerak ke Kundasang orang cakap kalau pagi ni sejuk dia best sikit almaklumlah kawasan gunung kan.
Pukul 530 aku dah gerak ke sana time ni dah cerah tau langit pun dah nampak dah . Kalau nak tengok gelap pagi tak payah tidur lah sebab tak tau kul bp dah cerah..haha

Perjalanan ke Kundasang ni amik masa selama 2 jam bagi yang belum biasa lagi kalau paling cepat pun 1 jam 45 minit macam tu lah. Serius tak bosan 2 jam perjalanan ni udara yang sejuk , persekitaran plak memang cantik weh bukit bukau semua tu buat aku teruja.

Sampai ja dekat Kinabalu Park ni mula lah sesi jalan-jalan dan snap pic yang menarik. Bayaran masuk RM3 korang simpan tiket tu sebab kalau pergi Palm Spring guna tiket yang sama juga. Banyak view cantik if korang nak tengok puncak gunung Kinabalu tu . Tak banyak sangat lah snap pic lite-lite ja lah sebab sini sejuk tak selesa untuk aku..haha


Abis ja melawat sini terus ke Dairy Farm tempat ni kalau pergi Kundasang memang wajib melawat kekonon boleh feeling macam dekat New Zealand la..wakaka..Dari Kinabalu Park tu amik masa lebih kurang 10 Minit ja perjalanan. Berdekatan dengan pekan Kundasang senang sangat lah nak cari tempat ni. Tapi agak tinggi juga lah korang nak panjat naik sampai atas tu.
nice kan pintu masuk ke dairy farm
Dah sampai atas memang korang akan teruja lah view yang sangat-sangat cantik tau, sejuk dengan angin kaki gunung plak boleh lah korang feeling dekat sini..ahahaha..



Itu saja lah yang nak kongsi dalam entry ni lepas ni nak bawa korang jalan-jalan Ranau plak. Sini pun best juga..

Nak baca entry lain boleh klik link dekat bawah ni..

BAJET TRIP TO KOTA KINABALU , SABAH

TRIP TO KOTA KINABALU PASAR PHILIPINES

TRIP TO KOTA KINABALU PULAU MANUKAN

Friday, September 27, 2013

TRIP KOTA KINABALU SABAH , PULAU MANUKAN


BAJET TO KOTA KINABALU SABAH , BAJET MURAH KE KOTA KINABALU SABAH

Pulau manukan merupakan salah satu pulau yang wajib di kunjungi dan juga di kenali sebagai Taman Tunku Abdul Rahman . Taman Tunku Abdul Rahman terbahagi kepada tiga pulau yang tercantik di Kota Kinabalu iaitu Pulau Manukan ( Manukan Island ) , Pulau Mamutik ( Mamutik Island ) dan Pulau Sapi ( Sapi Island ). 

Pic GRID saja ea oleh sebab banyak sangat pic nak upload..haha

Untuk ke pulau ni korang kena naik boat dari jetty Jesselton ( Jeselton Point ) yang terletak di penghujung jalan bandar KK. Senang sangat nak cari jetty ni bersebelahan dengan pusat membeli-belah Suria Sabah. Sambil menaip ni aku selit lah pic-pic menarik yang sempat snap dekat pulau manukan.

Jesselton Point 
Harga boat untuk ke Pulau Manukan dan Pulau Lain ( Tunku Abdul Rahman Park )

RM 23 untuk satu pulau
RM 33 untuk 2 pulau
RM 43 untuk 3 pulau ( boleh dpt RM45 termasuk caj terminal )
caj terminal RM7.20
caj pulau RM3

Feeling..haha
So total korang tambah lah sendiri memana korang nak pergi. Aku pilih Aparu Holiday untuk boat , servis not bad dan bot pun boleh tahan cantik bha. Kalau korang pergi aku syorkan try lah perkhidmatan dari Aparu Holiday ok.


Jadual perjalanan bot setiap 20 minit so korang boleh lah pilih mana korang nak kalau boleh seawal mungkin jam 7 pagi dah mula orang bersesak-sesak dekat jetty ni. Last boat plak pukul 5 petang kalau terlepas boat bermakna korang kena lah bermalam dekat pulau. 

ikan banyak woooo!!

Bagi korang yang nak sewa peralatan sukan air ( water sport ) aku syor kan korang sewa siap-siap dekat jetty jesselton tuh sebab murah kalau dekat pulau memang harga agak melampau lah , makanan pun sama juga kalau korang tak kisah mahal tu boleh lah makan dekat pulau..hehe

Blogger EDDY !!!
orang cakap muka kami sama! haha..
look like brother..
Ini saja cerita aku and the geng dekat manukan island ..Jangan lupa tunggu sambungan entry percutian ni ea ada banyak lagi tempat yang aku nak kongsi sebagai rujukan korang yang ingin bercuti dekat Kota Kinabalu Sabah.
Okeh dah hitam legam moh la kita balik ke hotel..haha

Lihat Entry Lain.

BAGET TRIP TO KOTA KINABALU SABAH

TRIP TO KOTA KINABALU , PASAR PHILIPINES


Next entry lepas ni kita jalan-jalan dekat Kinabalu Park & Kundasang okeh..




Monday, September 23, 2013

TRIP TO KOTA KINABALU SABAH , PASAR PHILIPINES


Pasar Philipines merupakan salah satu tempat menarik yang wajib korang kunjung bila korang dah sampai ke Kota Kinabalu ni. Pasar yang menjual macam-macam barang makanan, cenderahati , mutiara dan sebagainya. Boleh pening kepala kalau jalan dekat sini terlalu banyak benda yang boleh menarik perhatian.

Gambar from Instagram --- HAZWANHAIRY 
Pasar Philipines berhadapan dengan hotel kami menginap so tak susah sangat nak cari makan, tengah malam kalau lapar pun keluar cari makan dekat sini. Paling menarik perhatian aku kat sini adalah seafood dia memang perghh lah terbaik wooo dah la macam-macam jenis ikan yang tak terdapat di semenanjung pun banyak, sotong, udang besar-besar dan ketam pelbagai saiz .

Yang penting korang kena pandai servey boleh lah korang dapat dengan harga  murah dan sangat berpatutan. 2 Malam berturut tau kami makan seafood ni ikutkan nak makan berturut 3 malam tapi tukar selera lah plak..haha Mari tengok pic yang sempat aku snap ni..

Ikan Putih ni harga RM12 saja besar juga..harga betul RM15 pndai tawar lah.
ikan ni dkt semenajung tak de ea..klo pegi sini cuba rasa sangat manis sebab fresh!!
Rumpai Laut ni sangat sedap mula-mula takut nak makan lps rasa sedap sgt
sepinggan RM3 saja
feberet! sotong & udang
harga RM7 udang RM10 Sotong
pandai tawar dapat lah murah
Korang yang pernah pergi sini mesti teruja macam aku kan ke aku sorang ja teruja?haha..Dekat area Pasar Philipines ni di sebelah malam ada pasar malam so boleh lah jalan dekat pasar malam. Member cakap kalau nak mutiara, keychain , cenderahati yang murah beli ja dekat pasar malam tu boleh tawar menawar banyak tau..
posing sekejap! time ni sangat-sangat pening kepala tp gagahkan keluar juga sebab nak makan..haha
toink-toink

Time aku dekat Kota Kinabalu ni aku berjumpa dengan blogger eddy pemilik blog http://eddysyrol.blogspot.com/ . Pokcik ni femes juga tau korang kenal kan? Masa dekat Sabah dia sempat luangkan masa 1 hari setengah bawa kami jalan-jalan seluruh KK  dan bersantai di Pulau Manukan.

Next entry aku ceritakan lagi pasal si pokcik eddy ni seorang yang sangat peramah, sangat cool, sporting, baik hati dan macam-macam lah..Demi kawan-kawan jauh dari semenanjung sanggup turun KK dari Kota Belud. TQ soooo much eddy datang KL roger saja..

Tunggu next entry okeh...

Nak tahu bajet ke Kota Kinabalu Sabah boleh KLIK SINI 

Untuk gambar lain boleh tengok dekat instagram aku search --> hazwanhairy


Saturday, September 21, 2013

BAJET TRIP TO KOTA KINABALU SABAH


Bajet ke Kota Kinabalu , Sabah

Kota Kinabalu, Sabah merupakan salah satu destinasi yang wajib korang semua pergi  untuk bercuti. Percutian yang boleh di katakan sebagai percutian yang meninggalkan 1001 kenangan buat korang. Beberapa hari lepas aku baru balik dari Kota Kinabalu.




Ramai orang tanya bajet ke Kota Kinabalu ni , bagi aku tak mahal sangat kalau korang pandai baget duit korang. Kalau aku cakap baget aku dalam RM300++  untuk 4H3M termasuk tiket flight pergi balik, hotel 3 malam dan sewa kereta korang caya tak? Terkejut kan meh tengok detail ni.

Flight : RM110 ( booking bulan 4 Air Asia sajo )
Hotel : RM80   ( Anggaran untuk 3 orang 1 bilik 1queen 1 single )
Kereta : RM70 ( 3 hari RM210 bahagi 3orang , viva saja )
Minyak kereta : RM15 ( 3hari boleh jalan sampai kundasang, ranau around 300km pegi balik & jalan sekitar KK )
Makan   : RM100 ( Pagi & tghari RM10 , Malam RM10 dan jalan-jalan )
Lain-lain : RM3 ( kinabalu park termasuk poring hot spring)
                RM5 ( Rumah Terbalik luar saja )

Total : RM383

See tak sampai pun RM500 kan , orang cakap melancong ke Sabah ni modal besar padahal kalau pandai, ramah tamah senang nak adjust semua tu..hahaha. Lagipun mayb aku ni pandai baget kot bab-bab holiday ni kalau nak belajar boleh tanya..haha

So lebih kurang RM400 juga lah termasuk dengan cenderahati dan serba sedikit yang tak termasuk tu bab makan tu sikit ja baget aku sebab aku ni tak kuat makan sangat tengok tangki lah beb.hahaha. Makanan murah tapi air serius mahal sikit okeh.itu lah bezanya bila dekat sabah ni.

Korang boleh lah refer dengan aku kalau korang berminat nak pegi bercuti dekat sabah . Tunggu next entry akan aku cerita percutian aku dekat Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya..Tak sabar nak kongsi percutian ni murah, padat dan the best vacation.

Boleh follow Instagram aku kalau nak tengok pic seach ja ----> hazwanhairy



Friday, September 20, 2013

TEMPAHAN BAJU I LOVE BLOGGING




ENTRY MELEKAT

Hari ni nak re-post kembali entry pasal baju i love blogging untuk tempahan jika korang berminat untuk dapatkannya.

order di buka mulai :
29/9/2013 sehingga 29/10/2013
Detail : Nama, alamat, no hp & website blog or nama 

bayaran :
30/10/2013- 3/11/2013

Tempoh siap & pos:
7-10 hari selepas bayaran

Design baju ni boleh anda lihat di bawah ni, kelebihannya website ( boleh letak atas,tengah,bawah,depan ) anda akan di letakkan di baju anda,

URL WEBSITE KORANG


Kalau korang berminat boleh buat tempahan melalui

Email                  : hazwan943@yahoo.com.my
Facebook           :  i love blogging
Hp                       : 017-4223101
OR Fatin Diana : 014-2771924 ( www.fatindiana.com )

Saiz           : XS- 3XL ( unisex )
Warna      : seperti gambar di bawah
Baju         : Roundnex
Harga Lengan pendek  : Rm30
Harga lengan panjang   : Rm35

termasuk kos penghantaran semenanjung, sabah & sarawak ( pos laju )
Tulisan I LOVE BLOGGING kaler HITAM..


Ukuran bahu dan labuh baju

XXS  = BAHU  35cm  LABUH  58cm
XS    = BAHU  37cm  LABUH  60cm
S      = BAHU  39cm  LABUH  62cm
M      = BAHU  42cm  LABUH  64cm
L       = BAHU  45cm  LABUH  66cm
XL     = BAHU  49cm  LABUH  71cm
XXL   = BAHU  53cm  LABUH  73cm
XXXL = BAHU  55cm  LABUH  75cm

saiz kanak-kanak 
28 = BAHU 32cm LABUH 46cm
30 = BAHU 33cm LABUH 47cm

32   =  BAHU   34CM LABUH   48CM

Like page ni ----->  I LOVE BLOGGING

Warna baju

 SILA HEBAHKAN OKEH ..

p/s: Kepada korang yang dah tempah tu terima kasih atas kerjasama anda.....


Tuesday, September 17, 2013

BAJU KELAB PENYOKONG JDT


Tshirt untuk Kelab Penyokong JDT. Kepada korang yang berminat nak buat tempahan Tshirt Kelab Penyokong JDT ni boleh PM dengan segera . Untuk warga Johor dan kelab Penyokong Harimau selatan serta sesiapa sahaja apa tunggu lagi dapatkan dengan segera!!..

- RM35.00
- 100% cotton
- XS- XXL 
- lembut dan ringan
- harga sekali kos penghantaran
- warna biru sahaja..

Hubungi 
012-9047287 / 0174223101( msj, whatsapps, call )
ijam_mansor11@yahoo.com
hazwan943@yahoo.com.my

atau klik link sini----> BOX CREATIVE

Untuk korang yang nak BORONG baju boleh berbincang dengan no di atas..

CEPAT JANGAN TERLAMBAT SELAGI STOK MASIH ADA!!!


Untuk baju kelab penyokong KELANTAN, PAHANG, SELANGOR, dan semua negeri tunggu entry yang berikutnya okeh! semua ada...Boleh tengok contoh yang ada dulu di SINI



Wednesday, September 11, 2013

BOOGIE WOOGIE DAY ITALIAN CUISINE


Boogie Woogie Day bermaksud berkumpul dalam kegembiraan..Haaa inilah tema open house merdeka raya aku dan along meletop kan tema..wakakaka... Biasalah kami kan suka cari kelainan sikit jadi dah abis syawal so kami buat lah menu dia lain dari yang lain kan. Ada aku kesah kalau orang tak setuju pun..hahaha
HOME SWEET HOME
ONE DAMANSARA CONDOMINIUM
BARU STAY SINI UMH BUJANG >_<
ITALIAN CUISINE
Ikutkan nk buat menu raya ja soto, bihun sup rendang dan sengakatan dengannya di pikir balik mesti dah bosan makan benda tu so terhasil lah menu itali aka Italian Cuisine. Kerlas tak?wakakaka....Untuk menu kami ada 7 jenis makanan untuk sajian tetamu yang penting semuanya nama-nama itali tau liat lidah nak sebut halal dan boleh dimakan..haha

PENNE RUSTICHI : Olio
FUTTUCCINI ALFREDO : futtucini cabonara
CHICKEN COCCOATORE : Kepak ayam bersos lada hitam 

Boogie Doogie Day ni lebih kurang macam tema 70an oleh sebab macam susah sikit nak ikut tema so kami letak lah tema merah, hitam dan putih. Tak sangka member yang hadir semua pakai ikut tema yang laki hot perempuan vouge..hahaha..

Untuk menu meh tengok sini. Kalau sapa yang dah follow Instagram aku mayb dah tengok lah sikit menu yang kami sajikan... follow SINI

MIXTECA : Strawbery + soda + limau nipis
RIGATONI ALA GENNARO: roti + chicken slide + sos+mayonis + cheese + salad
walaahhhhh
NANCOS + SOS SPAGETI 

PURE DI POTATO : kentang lenyek + sos lada hitam
INSALATA DI CASA : salad
SEE!!! menu yang sangat awesome..haha..Ramai yang puji kesedapan menu dari kami terima kasih tak terhingga dekat korang yang sudi datang meriahkan "party" ni. Yang tak di invite tu mintak maaf banyak-banyak ea bukan 100% open house gua beb so tak lah jemput ramai sangat...next time okeh!!!

Sebahagian yang snap pic
tq buddy !!!
kwan lepak, kwan kolej,kawan sekerja
yang pmpn vouge nexttt!!
korang memang hot...hahaha
Next entry okehh!!!  --->http://instagram.com/hazwanhairy#


Saturday, September 7, 2013

HARI RAYA AIDILFITRI 2013


Dah masuk bulan lain baru sekarang kau nak update pasal hari raya ke hairy? kenapa tak update ja tahun depan kan senang..haha..Ini untuk aku sematkan memori di dalam blog aku. Btw lama xupdate story mory pasal cerita macam ni, semua gara-gara lappy rosak kena gerit dengan anai-anai la ni ! geram betul aku tau..

Back to tittle entry yea sayang.

Btw saya hazwan hairy dan keluarga nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kalau ada terguris hati dalam sedar mahupun tak, dan selama perkenalan dalam dunia blogging ni if ada salah cakap mahupun dari segi penulisan.Semoga kita dapat mengekalkan ukhwah sesama kita..
mak abah dan adik-adik
kami hero-hero..haha

Untuk raya ni aku rasa raya yang paling meriah buat keluarga aku, sebelum ni pun meriah juga cuma tahun ni meriahnya lebih sikit..Tahun ni kami sedondon pagi 1 syawal ini 1st time okeh kami sedondon sebab tu lah aku cakap meriah sangat.

tapi sebelah petang guna persalinan baru yang ditaja sendiri saja..haha.. Kami sekeluarga pilih maroon tuk raya tahun ni cuma aku ngan adik yang bongsu ja ada baju lain satu lagi so kami sedikit over..haha

Untuk tahun ni aku banyak raya dengan family untuk raya pertama ja lah, adik-adik dah besar so tak rasa macam sunyi sangat, dengan kawan-kawan aku raya juga cuma bukan raya pertama ja..hehe. Rumah pun dah siap 100% so bertambah raya lah kami tahun ni syukur sangat ke hadrat ilahi. Open house raya kali ni pun kami buat 2 hari berturut-turut dan kenduri kesyukuran alhamdulillah ramai yang datang kecuali korang..hehe


gambar ni semua dekat Instagram meh follow sini---> http://instagram.com/hazwanhairy#

Untuk next entry aku cerita yang lain plak lagipun gambar sangat banyak lah tuk tatapan semua..cewah!!.nanti aku BW korang semula terima kasih still support my blog...


Tuesday, September 3, 2013

TEMPAHAN T-SHIRT FAMILY DAY KZ


Baru-baru ni ada dapat job buat tempahan t-shirt family day KZ dari seorang blogger alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang di jadualkan dan beliau pun berpuas ati dengan hasil kerja dari kami.Terima kasih kak ieda dan semua yang pernah berkerjasama dengan Box Creative



Kepada korang yang berminat nak buat tempahan tshirt serendah rm15 ( kuantiti 30 kebawah mengikut terma dan syarat ) boleh lah mendapatkan khidmat dari Box Creative . Insyallah kami akan bantu anda semua dan berikan yang terbaik untuk setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dari kami.

Boleh Like Facebook kami ---->TSHIRT PRINTING IH OR BOX CREATIVE 
Boleh terus berhubung dengan kami ----> 0174223101 / 03-61507287
Boleh email terus kepada kami -----> hazwan943@yahoo.com.my


Haaa tu pic ramai-ramai masa kak ieda vacation dekat Teluk Senangin, meriah kan kalau ramai-ramai macam ni...
Jum melawat blog kak ieda yang yg sporting gila ni --->http://talktocayunkpinky.blogspot.com/




Box Creative adalah satu company yang menyediakan perkhidmatan printing baju tshirt, korporat, flyer, banner, bunting, kad kahwin, kad raya, sampul duit raya, stiker, cetak buku, annual report, buletin,button badge, dan macam-macam lagi.

p/s: dah lama sangat2 baru publish..layankan ja lah ea..hahaha.



Monday, September 2, 2013

CETAK BAJU TSHIRT MURAH

CETAK BAJU MURAH
Bagi korang yang nak buat Tempahan T-shirt atau Cetak baju dengan kadar murah serendah RM8.90!! korang boleh dapatkan segera dengan menempah di Tshirt printing IH. Harga termasuk baju dan design sekali, If korang ada design sendiri boleh juga harga boleh di runding mengikut terma dan syarat .

Sebarang pertanyaan korang tengok butiran di bawah ini..

Link FB :  TSHIRT PRINTING IH
No hp    : 0129047287 / 0123367702
Lokasi   : Main Office Sg Buloh & Damansara
Tempahan : Seluruh Malaysia.

Untuk lebih contoh boleh tengok dekat page TSHIRT PRINTING IH.


Sunday, September 1, 2013

WEDDING GUEST BOOK


WEDDING GUEST BOOK.

Trend sekarang kebanyakkan orang kahwin mesti sediakan wedding guest book ni macam kawan aku yang baru kahwin ni la tapi ni hadiah dari kitaorang bff untuk beliau. So modal dia tak perlu nak keluarkan pun untunglah dia kan dapat kawan-kawan camni haha :P

NI DESIGN UNTUK LUAR
SANGAT CANTIK BUKU NI
Haa kepada korang yang nanti nak kahwin tu boleh lah tempah juga dengan aku harga boleh dirunding jangan risau k. Pasti hasilnya sangat terbaik. Kepada korang yang belum tengok lagi wedding guest book ni meh sini nak tunjuk kan korang. Boleh lah buat kenangan masa tua-tua nanti kan. Tengok ucapan dari kawan-kawan, adik beradik, tetamu-tetamu khas saja. kalau aku kahwin nanti pun nak juga camni..haha...

DESIGN DALAM MUKA KAMI-KAMI ..HAHA
2ND PAGE MUKA SAHABAT
DI SETIAP HELAIAN PAGE DALAM
ADA KALENDER SEKALI
DI SETIAP HELAIAN PAGE SELANG SELI DGN GAMBAR DI ATAS
SEE CANTIK GAMBAR DEKAT BAWAH

Menarik kan? kepada bakal raja sehari boleh lah roger aku kat bawah ni ...

Sebarang penyertaan boleh tanya di Link bawah ini..

PAGE : BOX CREATIVE 
CALL : 0174223101
EMAIL : hazwan943@yahoo.com.my

p/s: Usaha, redha, tawakal dalam apa jua benda...