Monday, October 31, 2011

NO MORE IDEA HAZWANHAIRY

BHAHAHA!!!aku pn xtau motip aku nak tayang2 gambar kat blog ni sbb aku rasa dh xde idea kot ke nak femeskan blog?opsss!! xdenya org nak folow blog aku yg nth ape2 nih..miahaha.. kannn xpelah otak tgh beku skrg ni keja blmbak kat opis nk kena wat idea sepatah pn xmau kuar..aku nak tayang2 muka jap ea dri zaman aku dedulu smpai sekarang..miahaha...
jangan kutuk2 tau si cantik2 dan kacak2 sekalian...heheheh
tadaaa!!! berani mati malukan diri sendiri...bhahaha!!


muahahah! sekian sja lah sesi tayang2 muka kat blog aku sendri ni..nk kutuk sila lah!haha..

Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

assalamualaikum..
aku rasa aku nak try join segmen BEN ASHAARI & LYSAA SECRET ni lah.sbb aku rsa xde entry nak buat sbb arini bz dgn convo dah ternmpak segmen ni so nak try join lah..hehe


persamaan dua2 kat blog ni ea...
kedua2 blog ni mempunyai daya tarikan yg tersendiri yg boleh buat pengikut blog ni tuk tekan KLIK sbb nak tgk apa isi kandungan entry yg menrik dgn perlbagai segmen yg boleh bagi maklumat, pngajaran kepada semua bloggger then dua2 blogger ni tersangat femes dgn bilangan pengikut yg sgt rmai! *skema gila ayt aku..miahahaha

cara untuk memajukan blog...
kalo soalan ni xpyah jawab blh x?sbb xtau nak jwab ape tgk dah maju kehadapan dgn sgla bnda yg ade dlm nih..lgpan sya blog baru so nk bg pendapat cm xbp nak pndai lagi..haha..so xde idea nk bg untuk blog ni cuma nak gtau yg dua2 blogger ni sgt terbaik..all the best dan teruskan dgn entry2 anda..

sekian ^__^

Friday, October 28, 2011

aku perlukan mu sahabat!

Mencari teman memang mudah, tapi bak kata sarjana, teman menangis sukar ditemui.
Dikala aku sedih, masalah menimpa, aku perlukan kehadiranmu.
Terima kasih engkau hadir dalam mimpi-mimpi ku.
Terima kasih kerna menemani tangisan aku biar sekadar mimpi. Aku bahagia mengenali mu sahabat..
Aku punya ramai kawan, tapi tak ada yang aku mampu peluk dan menangis. Aku punya masalah bertimbun, aku punya hati yang serabut, aku punya jiwa yang kacau tetapi tidak ade org yg aku nak luahkan..padamu saja sahabat aku mengharap.
Sahabat..
Kalau dapat aku ukir senyuman mu,
Pasti aku jadikan ia arca nostalgia dalam hidup ku..
Kalau dapat ku pintal gurauan mu,
Pasti aku jadikan tali ingatan buat aku..
Kalau dapat aku pinjam hati mu,
Pasti aku tukarkan menjadi hati aku..
Kalau dapat aku bertemu denganmu,
Pasti aku peluk erat melepaskan rindu aku padamu..
Mungkin tak pernah terucapkan yang aku kasih pada mu kerana Tuhan kita,
tiada yang memisahkan bahkan kehendak Allah jua.. Bertemu berpisah keranaNya juga.
aku merinduimu sahabat..

Thursday, October 27, 2011

KISAH AKU DAN ORG ARAB

kemain kan title kat atas tuh "kisah aku dan org arab dlm bas"hahaha..haaa be positif otak tu ea.aku nak cerita serba sedikit lah kisah yg berlaku smlm bila aku dalam bas menuju pulang ke ibukota*erghh skema nk mampos ayt..haha
okey kmbali ke title entry ni semula.semalam petang dlm pukul 5 cmtuhlah sibuk2 otw balik KL ngn bas then naik lah bas tuh aku dok sebelah pasangan arab nih.aku single seat lah mn ade seat smpai 3..hehe
mula2 naik tuh dorg dah terjaga dri tidur maklumlah dorg naik dari pulau aku dri tanah besar so dorg hanya senyum ja kat aku then aku pn lempar lah senyuman yg agk over kat dorg..hahaa
pastu terus dorg tdr semula aku pn dgr2 lah lagu smbil msj ngn yg tersayang!!opssss dan lagi..miahahaha..(lawak jer) aku tdr lah juga smbil layan lagu KESETIAN..miahahaha
then selepas 2 jam perjalanan tuh singgah kat rnr gua tempurung suma pn turun lah aku sibuk2 lah trun g toilet giler ujn spnjg jalan sejuk doe.hehe
bila naik bas tuh bermulalah kisah antara aku dan org arab nih..
dialog cmni..

arab: hi handsome boy
aku : (terpinga2 ansem ke aku nih?nsb xde cermin klo x dh lma aku amik tgk muka..miahaha.padhal serbut gila aku time tuh..
arab: (smbil2 tunjuk keropok udang) you want to eat?
aku : (dlm ati alamak matilah aku cmni cmna aku nk speaking2 nnti klo smbg lma nih nerbes seh) sokay sir i have eaten tq for the request..(baik pulak dorg ni nk bg2 mkanan takut aku xamik kang ckp rkyat mesia sombong lak..hehe)
arab : sokay2 take this n eat i give u..(dgn gaya yg sgoh2 tuh nk bg)
aku :alahai cmna nih..terpksa juga aku amik..
arab : how long much longer to reach to KL?
aku : sesimple ja jwb..mayb 2 hour..
arab : okey tq.u come from whre?
aku : frm penang going back to kl coz i work there.n u sir?(sbuk2 jga aku nk tya kannnn!! pdhal speaking ketar2..hahaha
arab : we from saudia arabia recentlyl return frm a holiday near the langkwi n penang but now going to KL for the this week before go back to saudi arabia.
aku : owh okey sir hepy holiday in malaysia.(mls aku nk ckp dah sbb ngtuk sgt sjuk plak)haha
arab : bini dia smbil2 senyum then smbung rest balik..
aku pn smbung lah tdr semula dgr2 lagu pe yg patut then tetiba sjam kemudian dia bg bg aku coklat plak..alamak!!
bg coklat plak dah cmna nih terpksa lah aku amik juga(dlm hati ni ish betul ker nih takut betul aku klo kena pukau ke abis miskin aku..hahaha)yeala kan skrg ni mcm2 hal jd kan sna sni bnyi pasal pukau ni so kna lah jga2 bkn nk provokasi dorg tp berjaga2 itu penting kata seseorg kat aku..hahaha..tapi aku amik juga lah xmkn pn coklat tuh..lps dh smpai kl bru aku makan..baik betul lah psgn arab ni xtau apa sbb dorg cmtu..aku xde pn ckp2 ngn dorg sgt just senyum ja yg mampu..hehehe..so dh smpai kl dorg say kat aku hai hnsome boy nice to meet u..aku pn ckp lah balik nice to meet you to n have a nice holiday in malaysia...

okey sekian saja potpet2 aku kat entry arini ade juga modal nk update..haha
p/s: lemparkan lah senyuman anda dimana sja anda berada walaupn dgn spa anda senyum kerna dgn senyuman boleh buat orang lain bhgia n senang ngn kita if senyuman anda cute mampu tarik perhatian seseorg..gituuuuu!!! miahahahaha

Tuesday, October 25, 2011

JERUK PENANG

halamak!! terliur x?ade yg mengidam x nak makan benda nih?
mesti ade yg teringin kan...
pagi tadi aku keluar pegi beli jeruk tuk kawan2 yg order kat KL sana..maklumlah orang penang kan so kalo balik sini mesti ada ja nak order jeruk from penang..
lain kata mereka..apa yang lain nth lah nk kata sedap sama ja cuma nmpk meriah ja jeruh sni macm2 ade.blh dikatakah syurga jeruk lah kat penang ni merata tempat akan ade..
so demi tuk kwan2 yang aku sayang aku tolong beli tuk dorang..'korang nak ker?
xpe next time boleh order kat aku lagi ya...hehehe
tadaaa!!!


amacam?terliur x?hehehhe..jemput makan yea ^_^

Monday, October 24, 2011

KEMESRAAN SELEPAS PERKAHWINAN

KEMESRAAN SELEPAS PERKAHWINAN

Sebelum Tido:

6 minggu: selamat tido sayaaang, m...impi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole
ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak
bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:

6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan
murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:

6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak

Telefon:

6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh...your call...
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?

Masakan:

6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. ...!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!

Memaafkan:

6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!

Baju baru:

6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking...
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:

6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

Sunday, October 23, 2011

TANDA ORANG SAYANG KITA

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu
lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku
CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan
kamu sudah bertambah.

- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu
lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia
lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat
itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang
selalu.

- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila
ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good
luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu
sangat istimewa
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di
telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu
dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia
begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu
kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan
surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya.

- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.

- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia
akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.

- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia
pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Friday, October 21, 2011

UNTONG BADAN

UNTONGLAH!!!
sekarang suma org cakap mcm tuh kan?berUNTUNG sgt bila dpt something.
so skrg ni aku plak nak say UNTONGLAH..haha
ehh sbb pe plak aku nak sebut bnda nih?haaa anda msih ingt lagi entry semalam "haa baru nak nyesal!!!padam muka"
ingt x??msti xingtkan sbb korang xbca entry smlm.hahah..klo yg baca tuh msti tau sbb pe?sbb aku berdialog ngn bos lah pasl booking ticket flight..
pagi ni aku nak senyum lebar sbb aku terasa berUNTONG sgt..haha
haa mari lah tgk dialog sbb pe aku cakap UNTONG2 nih..

kul 9.00
kring3..
tapi arini lewat sikt dan juga kebas duduk..hahaha

aku : hello selamat pagi cawangan pengurusan *******
bos : selamat pagi hairy,saya ni tuan haji..
aku: yea tuan haji..
bos : sila masuk bilik saya sekejap...
aku: baik bos!!
jalan lah masuk bilik beliau ngn persaan yg debar2 ni sbb slalu xdenya bos pggl..
aku: tok2 asslamualaikum tuan haji..
bos : waalaikusalam..sila duduk
aku : terima kasih.
bos: dah sarapan ker hairy?
aku: - baiklah bos aku pg ni xpnh2 tya pn-dah tuan makan nasi lemak pagi td.._dgn skema jawapn aku-hahaha ada apa2 boleh saya bantu?
bos : xde pape saya nk bncang ngn kamo satu hal..
aku :
bos : kamu 14-15 november time sya metting kat terengganu kamo ade opis?
aku : aha ada kan time tu isnin n selasa
bos : ooo okey.saya nak bawa kamu skali pergi ikut meeting dkt terenggnu tu kamo nak?
aku : haaa?betul ka bos?-tersenyum lebar aku- hahaha
bos : yeala nnti kat sana boleh bntu sya n pegawai lain..
aku : tercengang2 xtau nak jwb mcm mna sbb malas nk ikut dok opis blh ngulor..haha
bos : nak ke x?
aku: erm xtau lah bos klo sya dok opis cmna?
bos : boleh tp xde keja nak buat so better ikut saya..
aku : nak pergi naik ape bos?
bos : naik FLIGHT ngn sya n pegawai lain lah...
aku : haaaa?hahaha...betul ker?-lagi senyum-haha
bos : yea la mggu dpn sya bg kata putus then kamu booking flight ke sana pasl byaran tuh jgn risau suma di byr oleh jabatan...
aku : baik2 bos sya terima ja memna...-fuhhhhh-
bos : okey tuh saja tggu mmgu dpn jwpn dri sya..
aku :baik bos..sya kuar dulu smbung wat keja -padahal xde keja- hahaha
bos :okey..
terus berjalan keluar ke tempat duduk dgn persaan penuh gembira senyum macam nak tercabut mulut2..hahahaa...tp aku xtau nak buat keputsan nak pegi ka x..cmna erk klo korang nak ke x??

Thursday, October 20, 2011

KEKESALAN

alahai menyesal pulak sekarang ni.knpa erk?sebab xbelajar pandai2 dulu memain ja banyak skrang baru lah nak nyesal..sebab ape plak merungut nih??nak tau ke?ishh xmalunya aku tanya kan nevermine kalo xnak tau pn aku nak gak cerita..hahaha..pasal kerja lah sekarang ni pasal ape plak kan dah stat keja so keja lah jadi masalah plak..tapi suma orang kena kerja kan nak cari rezeki xkan nak dok goyang kat umah jer kalau ade org spedo xpe gak..opssss!!! hahaaha
okey2 dahhh hairy xmau melalut jauh2 teruskan entry ni saja..
menyesal pun xde gunanya dah sekarang ni redha aja lah apa yg di beri nak buat camna kan kalau itu dah takdirnya.
sabar saja tempuh segala dugaan ni.kalau boleh lah undur masa aku nak ja undur putar2 segala pastu belajar pandai2. kalau pndai nnti dh keja dapat lah pangkat besar2 boleh buat apa saja kita suka..wahhhh niat xlh blah..haha
xdelah macam bos aku nih best ja tgk dia gaji bsar2 then keja pn xbnyak sangat dia cuma amik cop pastu bg kat aku so spa yg kena wat kja?haaaa spa lgi aku lah org bwahan..hahaha
situasi aku bila berdialog ngn bos semalam pasal nak booking flight untuk beliau.

kul 830 pagi..
masuk2 keja bru nak duduk atas kerusi kebas pn xlagi phone bunyi..
kring3..hahaha
aku: hello selamat pagi cawangan pengurusan *******..
bos: slmat pagi.dah masuk keja ke hery?
aku: < dlm hati> kalo aku xmsuk cmna aku angkat phone call ni?bos aku ni pn..
dah bos bru ja sampai..
bos: masuk bilik saya sekejap ade hal urgent nak kena setel..
aku: baik bos..
dengan pntas xdan nk sarapan terus melulu masuk cm nmpk hntu ke bilik bos..
bos : okey hery sila duduk..
aku: terima kasih bos..ada ape yg boleh saya bntu?
bos :macam ni kamu tolong booking tiket flight untuk semua pegawai ke metting nnti boleh?kamu tau camna nak booking?
aku: boleh bos tau sgt...haha
bos: okey bagus kamu uruskan arini juga sebab nak submit arini juga..
aku : boleh bos..
terus keluar pegi tempat duduk buka tenet terus search airasia.
gigih nih buat tempahan untuk semua pegawai dah lah suma xsama tarikh ade lmbat ade awal mcm2 lah berusaha search..pastu tulis segala form booking tuk submit kat kewangan pe suma dh print siap2 dah ni pastu masuk bilik bos nak antar..then ni dialog seterusnya.!!

aku:bos dah siap dah
bos : bagi saya tgk sebelum submit..
aku : okey ni form n sgla maklumat yg bos nak.
tetiber!!
bos : hery saya xnak naik AIRASIA saya nak naik MAS.
aku : haaa??td pgwai cakap airasia so saya buat air asia..
bos :saya tau tp saya xnak saya nak MAS..
aku: okey bos sya buat semula
bos : booking BUSINESS CLASS ok alang2!
aku: wahh bos ni..kerlasss sgt..hahaha
aku: baik bos

p/s: belajar lah rajin2 bila time belajar manfaatkan segala ilmu untuk berjaya dlam hidup bila kita dah keja nanti baru kita akan tau betapa pentingnya ilmu.belajar lah untuk diri sendiri agar kita boleh berada di tempat bos aku pada satu ari nanti..kerja kena ikhlas dan senyum so aku xkesah just nak kongsi bgaimana kerja bila kita di bawah..
......

7 KEAJAIBAN DUNIA

toink2..entry baru ni aku try nak kaji balik tentang 7 keajaiban dunia 2011..msti rmai dah tau kan?tp xpelah xksh pn sbb nya nk kaji semula lah takut ada yg lupa kan..bdk2 skrg ni asyk main fb ja mn lah nk tgk suma bnda ni kan..haha....*jangan marah*
7 keajaiban dunia merupakan ciptaan binaan purba yang menakjubkan. hasil kajian mula2 ia di buat pada awal abad ke2 sebelum masihi..lama tuh tapi ada yg masih wujud ada yang dh musnah..mari kita tgk senarai tujuh keajaibaan yang terhasil pada zmn dulu..

*piramid agung giza, mesir* masih wujud lagi ni..

*taman tergantung babylon, babylonia* dah xde musnah selepas abad pertama akibat dri gempa bumi..


*kuil artemis di ephesus, yunani purba* musnah pada 365 sebelum masihi akbat terbakar.


berhala zeus di olympia, yunani purba* musnah antara abad ke 5 ke abad 6 masihi akibat terbakar.


*makam mausslollos di halicanrnasssus, parsi* musnah sebelum 1494 masihi akibat dri gempa bumi.

*patunf raksaksa rhodes, yunani* musnah pada 224 sebelum masihi akibat gempa bumi.

*rumah api iskandariah, mesir* musnah antara taun 1303-1480 m akibat dri gempa bumi juga..

ehh mcm lari kajian je.awl entry aku ade ckap 7 keajaiban dunia 2011 kan?haaa ni baru betul yg atas ni lama pya so dh di update baru oleh para saintis ni lah 7 keajaiban dunia yg baru.amik pengetahuan ja kannn!!

Taj Mahal, India
Petra, Jordan
The Colosseum, Rome, Italy

Chichén Itzá, Mexico

Christ the Redeemer Statue

Great Wall of China

Machu Picchu, Perusimple kan entry nih?saja ja nk kaji balik semua ni nnti takut lupa akan keindahan dunia yg tiada sempadan..haha